Sale,Sale,Sale

on Sunday, May 24, 2009


Sale!Sale!Sale.! seingat aku, kat sini tak habis dengan sale.Ada aje sale, hari ni ade, esok ada, lusa ada, cuma aku je yang tak de $. Entah nape,tapi yang seronoknya peniaga-peniaga sebab boleh push sikit sales.Secara umum, population Christchurch tak ramai sekitar 300,00 orang je. Macam Shah Alam.Tapi komersial floor space dia tinggi. Maknanya kalau nak kira congak mudah, ianya agak terlebih penawaran berbanding permintaan. Apabila stok dah banyak, salah satu kaedah ialah dengan 'berpakat' buat sales secara berkala. Harga jual ditetapkan pada tahap yang sekian, sekian.Lepas tu, mereka (penjual) akan buat sale secara berjadual. Macam hypermarket kat sini, walaupun bermacam2 jenama ada- Countdown, Woolworth, Supervalue, Freshchoice, Foodtown - semua ni bawah satu bumbung iaitu Progressive Enterprises Limited. Stictly monopoly. Jadi, tak heran kalau setiap hari khamis, banyak flyers sales akan masuk mailbox rumah masing2. Kalau diperhatikan, setiap supermarket ada sales, tapi pada barang-barang yang berlainan. Jadi kita-kitalah akan cepat teruja dengan tawaran-tawaran ini secara atau tidak.Well, itu pandangan seposen aku.

cont' Aorangi School - Swimming Pool

on Thursday, May 7, 2009




Aorangi school ni walaupun kecil saiznya tapi ade swimming pool gak. Swimming class biasa mula di awal tahun masa Summer untuk 12 minggu. Swimming show seperti ini akan diadakan nak tunjuk kat parents yang anak-anak dah panadi berenang walaupun Nazrin mandi tak basah kepala pun. Ilham pula lebih advance sikit dah pandai buat kuak rentang dan macam-macam kuat yang tidak menunjukkan keupayaan sebenar beliau berenang. Tapi, itulah yang dikatakan budak-budak. Mereka suka pada air dah macam ada magnet yang menarik.

Aorangi School, Colwyn Street, Bryndwr



Aorangi school adalah sebuah sekolah rendah macam kat malaysia juga cuma yang bezanya bilangan pelajar sekitar 150 orang! sahaja satu sekolah. Ilham dan Nazrin pergi sekolah ni. Ianya tak jauh dari rumah kami. Nazrin in room 1 dan Ilham room 3.Kat sini sekolah buka pukul 8:30am dan habis 3:00pm. Setiap orang kena bawa lunch box masing tak macam Malaysia budak2 boleh beli kat Makcik kantin.Majoriti budak2 sekolah sini tak sabar pergi sekolah sebab depa boleh enjoy sakan dan tak de beban bawa balik sebagai homework.In satu perbezaan ketara di antara negara berpopulasi rendah seperti New Zealand (4 juta) berbanding negara kita,Malaysia.