Sale!Sale!Sale.! seingat aku, kat sini tak habis dengan sale.Ada aje sale, hari ni ade, esok ada, lusa ada, cuma aku je yang tak de $. Entah nape,tapi yang seronoknya peniaga-peniaga sebab boleh push sikit sales.Secara umum, population Christchurch tak ramai sekitar 300,00 orang je. Macam Shah Alam.Tapi komersial floor space dia tinggi. Maknanya kalau nak kira congak mudah, ianya agak terlebih penawaran berbanding permintaan. Apabila stok dah banyak, salah satu kaedah ialah dengan 'berpakat' buat sales secara berkala. Harga jual ditetapkan pada tahap yang sekian, sekian.Lepas tu, mereka (penjual) akan buat sale secara berjadual. Macam hypermarket kat sini, walaupun bermacam2 jenama ada- Countdown, Woolworth, Supervalue, Freshchoice, Foodtown - semua ni bawah satu bumbung iaitu Progressive Enterprises Limited. Stictly monopoly. Jadi, tak heran kalau setiap hari khamis, banyak flyers sales akan masuk mailbox rumah masing2. Kalau diperhatikan, setiap supermarket ada sales, tapi pada barang-barang yang berlainan. Jadi kita-kitalah akan cepat teruja dengan tawaran-tawaran ini secara atau tidak.Well, itu pandangan seposen aku.
Happy 14th. Anniversary
9 years ago